Asalamualaikum.
Nak story sikit tentang program ini . Banyak yang orang tak tahu berkenaan BMA ni. Bila orang tanya amik kos apa? kos pentadbiran muamalat, dan.....pasti diorang jawab , oh nanti kerja kat Bank Muamalat ar ya...hahahaha . Program kami nie skopnya luas.
Universiti Utara Malaysia menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dgn Kepujian. Kitorg ni pusat pengajian perniagaan islam bawah kolej perniagaan( COB)
Program ini menerapkan ilmu pelbagai bidang dalam ekonomi dan muamalat. Oh ya! Muamalat tu perkataan Bahasa arab, dimana maksudnya perniagaan. Dari program ini pelajar dapat pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan dalam pelbagai cabang industri. Program ni juga menerapkan nilai - nilai islam dalam perniagaan dan pengurusan.
Senang cerita, segala pengurusan pentadbiran dan juga pengurusan perniagaan seiring dengan perspektif Islam.
Antara subjek yang perlu ambil :
- Fiqh muamalat
- qawaid fiqhiyah utk muamalat
- usul fiqh
- Sirah
- Islamic law history
- Aqidah islamiyah
- Bahasa arab
- Teori amalan perniagaan Islam
- aspek pengurusan dari alquran dan hadis
- zakat
- wakaf
- islamic ekonomi
- islamic finance
- Sumber tenaga manusia perspektif islam
Bidang pekerjaan yang luas seperti:
- Institusi Perbankan
- Institusi kewangan
- Institusi takaful
- Syarikat Broker dan sekuriti
- Pengurusan Dana dan institusi Unit Amanah
- Organisasi swasta yang lain
- Tabung haji, YAPEIM, Pusat Zakat
- SME
Empat sem dah saya belajar...seronok taw, tambahan lagi duduk dekat UUM yang serba hijau. GO Green!! UUM mengekalkan dan memelihara semua alam ciptaan Allah ni. Tenang sangat duk di UUM. Mai ar ramai2 pakat belajaq BMA ni..hahah,
salam sis, dalam kos ni Arab yg belajar basic je ke? susah tak sis? saya dapat kos ni untuk upu dan ketar gile since tak berapa pandai Arab dan Ekonomi
ReplyDeleteSaya selaku penuntut uitm dengan kos muamalat..Arab basic sahaja dan ekonomi sem1 belum belajar, so xtau susah ke senang
Deletenak tnya belajar nih berapa sem?brpa thun?
DeleteKalau macam saya di uitm diploma 5 sem
DeleteSalam.. dear.. sy tlong jqbkan ya.. dlm kos ni kita ada 2 jnis b.arab. jgn risau.. xda payah mana.. lcure muamalat is the beat
ReplyDeleteTq.. yeah right! Lect BMA is the best!!
DeleteSalam.. dear.. sy tlong jqbkan ya.. dlm kos ni kita ada 2 jnis b.arab. jgn risau.. xda payah mana.. lcure muamalat is the beat
ReplyDeleteSalam nak tanya, kalau takde basic bahasa arab pun boleh kan?
ReplyDeleteSorry late reply... syarat kelayakkan kena ade arab spm
Deleteassalamualaikum..akak belajar kat uum kos ni oke x? sebab sya pelajar dip pengurusan muamalat..rsa nak sambung degree.. oke x blajar kat situ?
ReplyDeleteAlhamdulillah slama 6 sem nie okey ar...muamalat nie senang score...mai ar smbung uum
Deleteakak..uum sintok atau kl?? macam best je..
DeleteAkak sintok ..full time..kl pjj saje rasanya..
Deleteassalamualaikum..akak belajar kat uum kos ni oke x? sebab sya pelajar dip pengurusan muamalat..rsa nak sambung degree.. oke x blajar kat situ?
ReplyDeleteSilakan lah... Dh kena sgt tu..
DeleteAssalam kak , memang peluang kerja untuk kos nii terbuka luas ke ? Mcm senang nak dapat kerja ? Pastuuu.. Kalau kita lepasan dip pengurusan muamlat tk nak smbong degree agak agak dpat apply kerja takk ??? Mohon pnjelasn
ReplyDeletePlisss kak , important sgt nii .. Kalu lepasan dip pnguruan muaamlat tk nk smbong degree agak agk dpt apply krja kat mne mne institusi bank tak ??????
ReplyDeletecuba laa apply kat mane2 bank. baru tau boleh ke tak. btw nape x nak sambung degree dulu.
DeleteTabung haji.. Bank rakyat... Muamalat bank... Sme bank..
DeleteAkak nak tanye nanti kerja kat bank ape jawatan die kak
ReplyDeleteKalau keje kat bank jawatan apa ye
ReplyDeleteboleh minta no. nak wasep? ain nak Tanya pasal BMA ni...
ReplyDeleteCourse ni okay ke bg someone yg minat ekonomi
ReplyDeleteSangat boleh
DeleteCourse ni okay ke bg someone yg minat ekonomi
ReplyDeleteAssalam akak kalo org mcm sy amik sains tulen time spm tpi diploma sy stam so kalo sy nk amik bidang ni bleh ke
ReplyDeleteSalam kak. Saya nak tnya. Kos ni takda kira2 ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam,saya nak tanya. Boleh ke kalau saya ambek ijazah muamalat melalui upu ? Sbb masa spm, diploma sy xambek bahasa Arab. Dlu ambek diploma business management.
ReplyDeleteIjazah sarjana muda muamalat ada pengiraan x
ReplyDeleteWait for me
ReplyDeleteKalau saya major banking better ambik minor muamalat atau islamic finance?
ReplyDeleteKos ni ada kira kira tak..sebab xamik akaun laa..
ReplyDeleteUntuk pengetahuan cik,
ReplyDeleteSaya merupakan batch keempat program ni.
Saya memulakan pengajian pada tahun 2007 dan tamat pada 2011.
Apa yang boleh saya katakan tentang course ini ialah
1. Sangat baik dari segi peluang pekerjaan. Malah pada zaman saya graduasi dahulu, ramai yang telah mendapat kerja seperti dalam bidang perbankan dan kewangan Islam, menjadi usahawan, guru (J-QAF. Malah ada menyambung pengajian di peringkat Master di UUM dan universiti lain seperti di UKM,UiTM dan sebagainya.
2. Persatuan yang sangat aktif. Sewaktu saya menuntut di sana, kelab pentadbiran Muamalat ini sangat aktif. Walaupun dengan bajet yang sederhana, tapi masih boleh menjalankan program. Alhamdulillah, perkara ini diwarisi oleh adik2 saya. Malah sewaktu saya menjadi exco, saya telah membuat program seperti Street Soccer, Family Day, Program Motivasi di sekolah, Program anak angkat di Kg Bendang Baru, explorace Pantai Merdeka dan Lawatan kerja ke Kuala Lumpur dan Cameron Highland. Apabila aktif dalam persatuan ini memberikan satu impak yang positif kepada majikan kerana majikan percaya kita mampu membuat kerja sendiri tanpa perlu dipantau.
3. Rakan-rakan yang sangat menyokong. Apabila aktif berpersatuan, maka kawan-kawan akan turut menyokong program-program. Dalam masa yang sama, dapat mengeratkan hubungan dalam kalangan rakan-rakan. Walaupun kami telah berpisah sejak 2011, namun masih menghubungi antara satu sama lain. Terdapat sedikit kesukaran kerana pada waktu tersebut, masih tiada lagi whatsapp group.
Namun ada juga beberapa masalah yang saya dapat ketika mengambil kursus ini.
1. pandangan masyarakat terhadap kursus ini. Ramai berpandangan kursus ini hanya untuk bekerja di bank Muamalat. Tapi kami tidak marah. Sebab ini menunjukkan kesedaran orang ramai terhadap muamalat itu sendiri.
2. Kekurangan pensyarah yang berpengalaman.Pada 2007 dahulu, terdapat kekangan dari sudut pensyarah kerana pada waktu tersebut, ramai pensyarah yang sedang menyambung pengajian. Maka, kami akan dapat pensyarah2 yang sama sahaja sepanjang pengajian. Sekarang saya difahamkan kursus ini di bawah Islamic Business School. Perkara ini telah lama diperjuangkan. Alhamdulillah.
Akhir kata, semoga kalian semua adik2 berjaya dalam bidang masing2. Tahniah kerana mengambil kursus ini
Wassalam
Dr Mohd Khairy Kamarudin
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Teknologi Malaysia.
Assalam Dr, mintak doakan saya berjaya dalam bidang sarjana muda muamalat, saya baru sem1, baru dapat tawaran belajar di UUM,sintok melalui upu baru² ni..
Deletecan i ask you? now still study dkt uum ke? susah tak course ni and belajar fully arab ke? presentation in English or arabic? please reply this asap
DeleteKalau diploma Islamic banking nak sambung degree muamalat boleh ke ?
ReplyDeletekalau ada amik subjek arab time diploma boleh mohon degree muamalat di uum
DeleteKalau Bahasa Arab Tu topik Di bawah dia apa ya?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Degree muamalat ni ada kat uum sintok je ke? Kl takde ye?
ReplyDeleteAssalamualaikum,untuk kos ni, banyak tak subjek kira²?, Sbb suka kira² ni😍
ReplyDeleteBidang ni boleh sambung dpli tak lepas degree
ReplyDelete