Asalamualaikum.
Nak story sikit tentang program ini . Banyak yang orang tak tahu berkenaan BMA ni. Bila orang tanya amik kos apa? kos pentadbiran muamalat, dan.....pasti diorang jawab , oh nanti kerja kat Bank Muamalat ar ya...hahahaha . Program kami nie skopnya luas.
Universiti Utara Malaysia menawarkan program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dgn Kepujian. Kitorg ni pusat pengajian perniagaan islam bawah kolej perniagaan( COB)
Program ini menerapkan ilmu pelbagai bidang dalam ekonomi dan muamalat. Oh ya! Muamalat tu perkataan Bahasa arab, dimana maksudnya perniagaan. Dari program ini pelajar dapat pelbagai kemahiran yang berkaitan dengan pengurusan dalam pelbagai cabang industri. Program ni juga menerapkan nilai - nilai islam dalam perniagaan dan pengurusan.
Senang cerita, segala pengurusan pentadbiran dan juga pengurusan perniagaan seiring dengan perspektif Islam.
Antara subjek yang perlu ambil :
- Fiqh muamalat
- qawaid fiqhiyah utk muamalat
- usul fiqh
- Sirah
- Islamic law history
- Aqidah islamiyah
- Bahasa arab
- Teori amalan perniagaan Islam
- aspek pengurusan dari alquran dan hadis
- zakat
- wakaf
- islamic ekonomi
- islamic finance
- Sumber tenaga manusia perspektif islam
Bidang pekerjaan yang luas seperti:
- Institusi Perbankan
- Institusi kewangan
- Institusi takaful
- Syarikat Broker dan sekuriti
- Pengurusan Dana dan institusi Unit Amanah
- Organisasi swasta yang lain
- Tabung haji, YAPEIM, Pusat Zakat
- SME
Empat sem dah saya belajar...seronok taw, tambahan lagi duduk dekat UUM yang serba hijau. GO Green!! UUM mengekalkan dan memelihara semua alam ciptaan Allah ni. Tenang sangat duk di UUM. Mai ar ramai2 pakat belajaq BMA ni..hahah,